Sesak [Malaysian Wheat Paste Grandmaster] Interview

 

This is an interview taken from Trypophobia zine volume 2. Sesak was like an ultimate master when it come to political wheat pasting for me….. i don’t know what to write la sedara so let’s get right into it. Ohye, this interview was done via Facebook Messenger (senang jer nak buat interview zaman sekarang ni)

Ed: editor      S: Sesak

Ed:Salam, pertama sekali boleh bagitau bagi sesikit pengenalan mengenai Sesak ni. Ramai lagi tak kenal apa bro buat ni. Adakah ini individual work,kolektif atau profit based organization. kenapa start projek ni, siapa di sebalik tabir dan apakah itu Invisible squad..

S: Waalaikumsalam, pertama kali terima kasih sebab interview saya. Dulu pernah jugak interview kerja grafik, tapi tak dapat.

Ok idea Sesak pada mulanya adalah clothing dalam tahun 2008. Waktu ni team Sesak ada 6 orang kesemuanya. Kemudian berlaku pasang surut idea dan rupanya bukan mudah nak bina satu label clothing. Disingkatkan cerita tahun 2011 Sesak terpengaruh dengan idea-idea street art. Waktu ini Sesak bertapak di Langkawi. Sempat juga saya ‘menghias’ beberapa dinding di Langkawi semasa berada di sana. Sekarang Sesak berada di Ipoh. Menjual idea yang dicetak ke atas baju di alam siber. Boleh masuk ke web saya kalau nak tengok design. Kah… kah… kah… kah… Namun meluahkan idea melalui dinding tetap saya sanjung dan insyaallah saya akan mula aktif melakar dinding kembali sedikit masa lagi.

14691009_1483541551672372_7401196511390855790_n

one of many Sesak merchandise

Invisible Squad adalah kawan-kawan saya yang banyak membantu didalam kerja-kerja menampal wheatpaste Sesak. Mereka berada dimana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengar memang macam ramai, tapi tak pun. Jangan kaitkan mereka dengan terrorist. Terima kasih kepada Invisible Squad. Anda tahu siapa anda. “Freedom for All”

Ed: siapa street artist yang telah memberi inspirasi kepada bro untuk memulakan kerja-kerja street art ni-apa yang saya nampak ada pengaruh kuat Shepard Fairey dalam artwork bro ni..

S: Artis yang mula-mula membuka mata saya tentang street art sudah tentu Shepard Fairey. Tapi artis yang banyak membimbing dan memberi idea tentang street art adalah artis kita sendiri. Berikan tepukan gemuruh kepada saudara Iss Kryptik dan Sani REDRUM. Dua manusia ini yang jadi tempat saya mencuri ilmu dan kemudian ilmu mereka saya gunakan untuk memahami cara Shepard Fairey ‘membajak’ dinding’. Bahasa mudahnya adalah saya study dulu pasal street art kemudian baru saya kaji pasal Shepard Fairey.

14642333_1481343825225478_2995823473468611402_n

Andre The Giant? NO! ini Najib The Liar

Ed: Sebagai pergerakan yang berlandaskan street art yang berunsurkan polittikal bro rasa adakah cabang ni mampu bagi impak dekat masyarakat atau benda ni sama macam  seorang punk rocker yang nyanyi dalam band underground-tidak memberi impak atas isu politikal yang dilemparkan dan hanya dilakukan atas dasar minat dan hobi..

S: Sesak tidak berlandaskan street art sebenarnya tetapi lebih kepada menyampaikan ‘Public Awareness Messages’. Street art adalah medium begitu juga pada t shirt yang saya cetak. Saya umpama orang gila yang bercakap tentang idea-idea didalam kepala saya kemudian diluahkan dalam bentuk grafik samada dicetak atas baju ataupun diluahkan melalui dinding. Band punk Crass pernah memberikan impak dalam parliament British pada 1984 (kalau salah sila betulkan saya). Saja nak bagitau sejarah punk tidak semudah membaca novel cinta. Hehehehehe….

Editor Note: yup, Crass sangat power!- Crass tak silap aku dibubarkan tahun 84 tapi Crass memang banyak buat prank dekat government ni. Kau orang budak punk patut baca kisah Crass– tahap rebel Sex Pistol ni hujung kuku je kalau nak dibandingkan dengan Crass.

Ed: Dalam dunia street art ni unsur vandalism merupakan suatu perkara yang sering timbul. Apa pandangan bro dengan isu ni.

Street art adalah vandal kecuali jika ianya berada di papan billboard dan berbayar. Hahahaha….  Idea street art bagi saya bukanlah untuk melahirkan kebencian, tetapi untuk mempersembahkan karya supaya orang membuka mata. Tidak kiralah samada ianya berunsur politik, mesej peribadi ataupun tagging.

Pandangan jumud tentang street artis ingin melepaskan kemarahan dan emosi tidak stabil didalam minda adalah tidak tepat. Ramai street artis di Malaysia yang berbakat hidup dalam keadaan yang harmoni dan positif.

Ruang berkarya terlalu sedikit sedangkan artis semakin ramai. Bukan semua artis mengidam-idamkan karya mereka diperap didalam galeri lantas berangan untuk hidup dikalangan golongan elit. Artis radikal tidak diraikan oleh media dan golongan ‘noob politic’. Maka medium yang paling dekat untuk menyampaikan idea adalah melalui dinding jalanan kerana jalanan adalah sekolah.

Perkataan vandal sendiri kadangkala ditujukan secara tidak tepat. Di Malaysia kita berpandangan “jika aku tak suka itu adalah vandal, jika mat salleh yang buat dan aku suka maka ianya adalah street art”. Saya bukan racist kerana saya juga berkawan dengan mat salleh, tapi ini realiti yang terjadi di negara kita. Artis tempatan sudah biasa dianaktirikan sebegini. Ia adalah normal. Hahahahaha….

fullscreen-capture-1102017-120502-pm-bmp

antara design yang telah dimusnahkan tidak sampai beberapa minggu. Oww yeahh‘  Sesak

Ed: adakah bro ada apa-apa method yang dilakukan demi mengelakkan masyarakat anggap sesak punya kerja ni sebagai ‘bukan vandalisme’..

S: Seperti saya tulis tadi ia bukannya vandalisme jika masyarakat suka dengan karya anda. Jadi cubalah membuat persembahan yang sebaik mungkin. Masyarakat yang mengeji akan mula menyokong artwork anda setelah anda popular di instagram. Tapi Sesak tak popular langsung di instagram sebab tak best. Cis….

[Editor note: sama la kitorang editor ni. Penat upload gambar tapi tetap tak popular dalam insta. mana-mana pembaca yang ada insta kau pergi follow Sesak sekarang jugak!!]

Saya akan menasihatkan diri sendiri dan Invisible Squad supaya memilih tempat-tempat yang agak sopan dan tidak mengganggu kerja-kerja manusia yang lain. Contohnya pada kabinet TNB atau telekom. Kalau nak lekat pun jangan la sampai tutup nombor kabinet. Pernah juga Invisible Squad membuat onar seperti ini tetapi sudah saya nasihatkan dan masukkan ke kem motivasi.

Ed: satu lagi isu pasal vandalisme ni adalah contengan dinding ‘bulatan A’ yang selalu digunakan oleh pergerakan antifa.. bro rasa dengan sekadar buat A tu adakah orang boleh paham apa yang pergerakan antifa ni buat (adakah contengan buruk dan barai ni bro rasa masih art atau sekadar contengan buruk). mohon bro bagi pendapat sikit pasal isu ni..

S: A for Anarchy. Itu bukanlah street art, tetapi medium melepaskan kemarahan, sebab tu masa spray agak tak lawa. Hahahaha…  Kalau A itu sekadar huruf tentu akan ada pula yang menulis B ataupun C. A yang diconteng hanyalah simbolik kepada perlawanan kepada perang kelas. Banyak yang saya nak kena google kalau cerita pasal benda ni. Tetapi sejarah contengan ‘A’ di dinding bukanlah sejarah yang hanya terjadi semalam. Ianya diadun dengan pelbagai cerita derita dan sedih manusia melawan ketidakadilan yang dilakukan manusia sendiri.

Bukan kesemua aktiviti grafik di jalanan adalah street art. Ceti haram bukan street artist. Tukang pasang banner bukan street artist. Penyembur stencil ‘tukar tiub’ bukan street artist. Pekerja kontrak yang melukis garis jalan juga bukanlah artis jalanan. Street art adalah persembahan artis kepada masyarakat. Street art adalah pameran seni percuma untuk rakyat di jalanan kerana karya yang hebat tidak seharusnya dimatikan di muzium sahaja. Street art adalah jiwa artis itu sendiri dan ianya digarap dengan bertahun-tahun pengalaman derita dan gembira. Itulah street art.

Ed: dalam pengalaman bro dalam street art ni pernah tak ada kejadian-kejadian buruk atau best. Kena tangkap polis ke, rokok tertinggal ke… 

S: Sepanjang saya melakukan kerja-kerja streer art pada waktu lewat malam yang gelap dan sunyi, kelibat polis hampir biasa saya terlihat kerana negara kita memerlukan kawalan polis 24jam, barulah kita rasa aman (Editor note: Fuck Yeah! Police state ni power kau tau tak.). Saya tidak pernah lari kerana lari itu memenatkan, apa yang saya buat adalah cuba bersembunyi, jika tak lepas gunakan kaedah rundingan. Disini saya tekankan yang berlari itu memenatkan. Untuk masa sekarang alhamdulillah saya memang pernah terkantoi dengan polis sebanyak dua kali, pak guard sekali. Nak lari tak lepas sebab artwork setinggi 7 kaki dan lebar tak ingat berapa belas kaki. Maka Invisible Squad dengan pantas menggunakan kaedah rundingan. Saya seperti biasa tangan tetap melakukan kerja menampal design seperti tiada apa-apa yang berlaku di belakang. Sempat juga saya mendapatkan ulasan daripada brader polis ni dan mereka menyatakan “cantik jugak”. Hmmm… Berlari memang memenatkan.

Ed: apa nasihat bro untuk orang yang mempunyai minat untuk terlibat dalam pergerakan macam ni-menjadi politikal melalui street art. Ada tips2 tak untuk kitorang..

S: Banyak perkara adalah politik. Majlis berkhatan pada zaman sekarang adalah politik. Perasmian kolam ikan patin adalah politik. Mengiayakan cakap bos di tempat  kerja juga adalah politik. Jangan tumpukan idea street art hanya dengan parti politik, tetapi berpolitiklah dengan idea-idea kamu itu. Idea yang radikal dan kritis memang selalunya sukar difahami dan dikeji. Terima kasih daun keladi.

 12901031_1306979379328591_1927638971545893438_o.pngFullscreen capture 1102017 124239 PM.bmp.jpg  fullscreen-capture-1102017-115642-am-bmp

Untuk mengenali Sesak dengan lebih dekat atau meng’usha latest artwork dan merchandise sila  ke:

Sesak Facebook

Sesak Instagram

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s