an article taken from TRYPOPHOBIA ZINE: Zine Punk Dah Mati.

Zine—- what i can concluded from two years of zine-making is that this shiit is no more than a form of romanticism (don’t wanna waste my time explaining this ah dude).. It is however important for us to remember that romanticism is a good thing.. heck, i don’t think i would be as dedicated as i am right now if not for romanticism (again, no mood for explaination). This is an article that was published in the second issues of Trypophobia Zine (2016). Anyway brada.. let’s get into it shall we…

ZINE PUNK DAH MATI (by: me)

Pengenalan pertama aku dengan dunia punk adalah dari lagu Blitzkrieg Bop masa main Tony Hawk Pro  Skaters 2 dalam Playstation X dan koleksi tape abang aku -tape The Exploited [album Beat The Bastard] cool babi ah masa tu dengan tengkorak mowhawk dia . Walau bagaimanapun punk tak betul-betul meninggalkan impresi tinggi dekat aku sehinggalah aku baca newsletter Communion #2 tulisan Joe Kidd yang tersimpan dalam arkib abang aku. Newletter tu sangatlah rebel dan mantap. Mungkin bagi orang biasa newsletter tu hanyalah sehelai kertas biasa yang layak dibuat bungkus nasi lemak tapi bagi aku kertas tu adalah sebuah holy grail yang memang tak ada tolak bandingnya. Macam mana Joe Kidd boleh address certain issue tu dengan cukup padat dalam  flow yang licin masih lagi menjadi persoalan bagi aku.

Dalam isu kedua Communion tu Joe Kidd membincangkan tentang isu rekod label, The Bollock botleeg, Crass prank dekat LOVE magazine yang sememangnya cukup rebel [ni adalah pendedahan pertama aku dengan band Crass ni -terimakasih kepada Joe Kidd sebab bagi pendedahan pasal band ni. Crass power gila babi wei]  dan beberapa lagi isu-isu yang aku  dah lupa.. Newsletter yang sehelai ni telah mengubah pandangan aku pasal punk. Punk bukan lagi satu subkultur yang bermazhabkan muzik tapi lebih luas.. Lepas baca newsletter nilah aku mula jadi kaki Wikipedia tegar selama  beberapa tahun dan pada masa sama dah khatam beberapa kali Ricecooker kepunyaan Joe Kidd.

(dalam dua,tiga bulan sekali aku akan buka blog ricecooker ni dan sampai sekarang aku masih tertunggu-tunggu Joe Kidd update dia punya artikel section)

fullscreen-capture-492017-85915-am-bmp.jpg

tengok la macam mana, kalau aku rajin suatu hari nanti aku akan upload/scan barang power ni..

Dek kerana terpengaruh dengan newsletter Joe Kidd tu jugaklah aku dulu pernah cuba buat satu buku ni yang aku bagi nama Malayan Trojan Horse yang cuba menceritakan macam mana kau nak menghancurkan sesuatu sistem dari dalam –idea yang aku gabung  dari kisah Crass dalam newsletter tu, mitos klasik rom pasal Trojan horse tulisan Plato, dan Ivan Pavlov’s Behaviorism punya research.. Buku tu aku cuba bawak dalam format yang intelektual babi ah tapi malang tak berbau aku dapat writers block (sebab utama adalah aku buat kot inggeris dan aku punya lack of English verb masa tu membantut penulisan aku) sebelum semua softcopy projek ni hilang sebab aku terdelete fail tu.. Fakyu!!!

Dan bila aku gagal dalam buku tu aku cuba jugak  cedok idea dari Malayan Trojan Horse ni jadi sebuah novel tapi haprak semua tak jadi jugak (dan masa tu aku sedar aku tak ada bakat dalam menulis)… sampailah bila idea zine ni datang bila aku dengan Ribut Cicak lepak-lepak bincang.. Dan sejarah akhirnya tercipta bila kau sekarang sedang pegang isu kedua Trypophobia. Sejujurnya aku tak sangka sebenarnya aku boleh buat zine ni dalam masa kurang dua bulan tanpa apa-apa knowledge pasal buat zine (dapat sambutan baik pulak tu). Macam aku bagitau aku sebenarnya tak ada bakat langsung bab menulis (dan aku tak suka dengan tatabahasa busuk yang aku tulis ni) dan kemahiran aku dengan computer hanyalah setakat  lukis orang lidi dengan Paint.

Sebab utama aku citer benda ni dekat kau adalah untuk kau tahu bahawa setiap apa yang kau buat walaupun bodoh mungkin boleh jadi inspirasi buat orang lain. Macam mana sehelai kertas tulisan Joe Kidd boleh memberi inspirasi dekat aku untuk buat sebuah buku (walaupun gagal). Kalau aku tak jumpa  newsletter tu aku mungkin sekarang ni jadi budak metalcore trendy. Syukur!!!!

Kedua, sebodoh mana pun kau atau ‘tak power’ diri kau tak bermakna kau tak boleh buat zine. Zine bukan seperti  buat buku teks. Kau bebas berkarya atau tulis apa kau nak.  Apa yang penting adalah semangat DIY yang kau ada. Kau ambik contoh macam penulisan aku. Tatabahasa yang sangatlah busuk dan jijik. Bahasa yang layak dibuat sebagai bebelan dalam status facebook je. Tapi ni zine aku jadi lantak aku la. Bukan aku tak boleh tulis ayat BM skima macam: ’penulis merasakan kita haruslah melakukan masturbasi di jalanan untuk melahirkan masyarakat intelektual yang mampu menelaah buku…’ . Boleh je aku usahakan buat gaya penulisan macam tu tapi saja aku biarkan penulisan aku kekal busuk supaya kau dapat ambik tauladan yang kau tak perlu ikut mana-mana format untuk meluahkan pendapat kau. Ini zine brader dan zine tidak terikat dengan mana-mana budaya penerbitan.

 Untuk isu kedua Trypophobia aku ada jugak cuba ajak beberapa kawan aku yang pada pendapat aku ada pemikiran yang unik dan mampu bagi idea masing-masing tapi haram jadah semua dengan alasan “aku masih tak power macam kau lagi”. Fakyu, pemikiran macam ni harus kau buang sebab zine bukan macam buku yang kau beli kat MPH. tiada mana-mana dogma yang perlu kau ikut bila buat zine. Kemahiran yang kau asah kat sekolah untuk buat karangan 120 patah perkataan pasal ’keburukan merokok’ tu dah cukup untuk kau buat zine dan kalau kau rasa kau punya penulisan adalah sampah melalui zine la kau  boleh praktis skill menulis kau. Masa aku buat zine ni awal-awal dulu tulisan haram jadah ke laut [kau bayangkan perasaan bila kau sendiri tak paham apa yang kau baru tulis-isu 1 full English dan English aku makin hari makin pecah]. Tapi tu tak menghalang aku. Aku cuba perbaiki mana yang patut dan masa nak goreng zine ni aku ambik yang terbaik untuk diisi di dalam zine.

Satu lagi sebab aku nak kau buat zine ni sebab aku nampak tak banyak zine punk yang wujud kecuali yang ditulis oleh punk rockers berusia (muahaha).  Mungkin aku ada terlepas pandang  bakat muda tapi tu dari apa yang aku sekarang nampak la.

Masalah dengan monopoli zine dari geng uncle ni adalah adalah content diorang dah terlalu membosankan bagi aku. Dorang punya idea dah terlalu fix dan tak se-rebel yang aku mahukan –mungkin factor usia atau pendapat yang diutarakan adalah terlalu fix dan dorang dah tak ada idea selepas beberapa tahun rilis zine (aku sendiri pun baru dua isu aku rasa aku dah bagi semua yang aku ada jadi aku rasa brader punk yang masih buat zine sampai hari ni layak kau bagi tunduk hormat bila kau jumpa dorang). Dan ketidakpuasan hati aku dengan zine masa kini bagi aku antara sebab utama aku nak push zine Trypophobia ni jadi zine bermazhabkan punk awal-awal dulu. Punk adalah sebuah youth culture.  Sebuah budaya yang pada asalnya berlandaskan pemberontakan anak muda. Untuk melihat budaya ni yang didominasi oleh geng-geng uncle yang sudah ada pendirian mereka yang tetap pasal sesebuah isu tu bagi aku tak berapa seronok. Takkan kau nak dengar dorang punya ceramah je kot-utarakanlah kau punya pendapat sendiri. Baik kau dengar ustaz ceramah dekat masjid kalau macam tu. Mana budak sekolah menengah dan awal 20-an yang nak teruskan dunia zine punk ni..

Bak lagu Institutionalized oleh Suicidal Tendencies

you think I’m crazy when I’m lived in your school, I’m live at your churches, I’m living at your institutional learning facilities. So how can you say I’m crazy’.

Dunia zine bagi aku sekarang adalah sangat membosankan. Majority budak sastera, cintan cintun dan social justice warrior copy paste. Fakyu, sajak sangatlah membosankan bagi aku.. Banyak benda yang aku baca adalah sangat membosankan bagi aku. Dan aku percaya bukan aku sorang je yang rasa macam ni. Aku sangat yakin Malaysia ni ada ramai budak yang rosak otak yang mempunyai ekspresi tersendiri dalam hidup dorang. Aku merayu sedara sedari sekalian supaya luahkan kebodohan kau tu sebagai bukti bahawa kau adalah sampah dari hasil ‘moral dan nilai murni’ masyarakat Malaysia. Punk terhasil dari kejatuhan budaya moral barat yang gagal dan kau sebagai orang yang bodoh haruslah menonjolkan sifat sampah kepada masyarakat sebagai bukti bahawa kau wujud. Jadi luahkan saudara saudari sekalian… buat sesuatu dengan diri kau sendiri. Punk ada pelbagai definisi tapi apa yang pasti adalah punk itu pasal buat sesuatu. Unsur DIY adalah apa yang membezakan punk dengan subkultur yang lain. Kalau kau sekadar nak duduk dalam bilik kau sambil layan lagu The Casualties dan membebel yang scene punk tak power macam dulu lantak kau la..  Pundek!!!

ZINE DAN PUNK   

Zine bagi aku adalah medium yang membezakan punk dengan subs lain. Kau boleh mengutarakan idea kau secara bebas dan tulis apa saja yang kau nak tanpa terikat dengan apa-apa format atau kriteria. Kau bebas untuk berkreativiti sebagaiman muzik dalam punk itu sendiri yang terpecah kepada pelbagai genre dari folk punk kepada grindcore. Kalau zine kau kena kutuk kau tak payah ambik port sebab kau buat sendiri dan kau bebas untuk bagi zine kau kat sapa-sapa kau nak sebab kau tak terikat dengan syarikat penerbitan.

Buat band ni kadang-kadang memakan kos untuk jamming dan perlu komitmen, buat band pun kadang-kadang crowd pun bukan ada sangat pun, budak-budak tengok show kau hanya kalau kau feymes atau kau cover lagu-lagu punk lama. Dengan zine kau tak perlu semua tu. Kau boleh buat zine sambil pakai boxer atau bogel atas katil je. Bila kau dah siap kau print/fotostat dan cuma perlu sent kat distro-distro atau distribute by hand. Senang dan mudah bro..

1967_04.jpg

Why waste your money on studio jamming when you can wrote your thought on papers while getting buttnaked.. Started writing from this day onward boss

Dan bagi aku muzik tu sendiri kadang-kadang tak membantu dalam menyebarkan idea. Kebanyakan budak punk ni bukan tau pun apa yang dorang hafal tu. Ditambah dengan sifat muzik punk yang laju menyebabkan penulisan lirik tu menjadi padat sampai lirik tu kadang-kadang tidak betul-betul memberi pemahaman kepada pendengar. Aku bosan ngan orang letak komen realities is wars, chaos is my life dengan all cop is bastard di luar konteks dalam perbualan dorang. Aku tak faham kenapa tiba-tiba kau sebut realities of wars. Nak sekeh kepala kau aku pikir kawan. Kau sembang pasal polis ni bastard tapi kau tak ada idea apa alternative yang  perlu dibuat bagi menanggani kebastardan dorang dan alasan kau pekik ayat tu hanyalah sebab polis ni korup. Kau sama je dengan rakyat marhaen yang tak pakai baju band tu. Sama-sama ignorance. Melalui zine kau boleh tulis dengan jelas dan detail. Macam apa yang aku tengah buat ni. Boleh je aku tulis dalam satu ayat: ‘jom la buat zine pundek, zine punk dah mampos!!’ tapi aku panjangkan lagi untuk kau paham pentingnya buat zine dalam punk.

Kalau betul pun kau ketandusan idea untuk buat zine yang tebal dengan ayat berjela-jela. Sekurang-kurangnya kau boleh buat newsletter (atau pamphlet) satu helai untuk didistributekan dekat member-member kau. Mungkin newsletter tu boleh dijadikan sebagai peluang bagi kau untuk berdiskusi. Cukuplah mudah. Bagi aku kalau buat newsletter pun cun jugak sebab benda tu sehelai je (rujuk format newsletter dalam google ye) dan senang nak fotostat. Kalau kau ni jenis yang tak kedekut kau boleh fotostat dan distribute secara percuma dekat gig atau mana-mana tempat (sekeping fotostat depan belakang paling mahal 20 sen je bro-dengan rm2 ringgit kau dah boleh dapat 10 keeping kot).

Cuba kau bayangkan setiap kali kau pergi gig kau dapat dua tiga keping newsletter. Fuck, power jugak idea aku ni. Kalau kau ni jenis tak suka simpan barang kurang-kurang sambil tunggu band setting instrument dorang kau boleh layan isap rokok kat luar sambil baca newletter tu sebelum kau buang dalam longkang.. Jadi tunggu apa lagi bang. buat la satu.

15542381_358971837809534_3648896643345697560_nTrypophobia Newsletteur

 

ZINE KETANDUSAN ISU

Ada satu benda yang menarik masa aku pergi kat KL Zine Fest 2015 kat Findars aritu. Organizer ada buat satu talk yang mana aku dah lupa pasal apa (aku tengah usha tape masa tu).. Sorang panel masa tu ada cakap yang sebab utama zine tak mendapat sambutan sekarang sebab dah tiada lagi topic yang boleh  dieksplorasikan. Walaupun bagi aku ada betulnya apa yang dia cakap tu tapi aku rasa tak bermakna sesuatu isu tu perlu terus dibuang dari diskusi dan diterima sekadar sesebuah dogma. Aku pasti kalau kau tanya budak punk arini kau akan perasan ramai yang masih lagi punyai sifat sexist terhadap wanita dan pandangan yang ragu-ragu bila kita cakap pasal topic homophobia.. Aku pernah jumpa budak yang cakap walaupun dia xsokong nazi tapi dia ‘appreciate’ sumbangan budak nazi yang cuba untuk menjaga hak bumiputera melayu (Alasan tu aku rasa memang bangang,  kau patut tahu yang kumpulan gangster dan mafia melayu lagi banyak buat kerja tu dari geng Nazi. Geng Nazi ni takat pakai patches swastika aku rasa tak bagi kesan pun dan dorang hanyalah geng2 celup yang terpengaruh tengok citer Romper Stomper je)…

Jadi aku tak rasa walaupun sesuatu isu dah mencapai satu persetujuan tak bermakna isu tu tak perlu dihebahkan. Benda ni masih perlu diuar-uarkan bagi mendidik masyarakat kat luar sana. Budak punk sebaya aku pun ramai kot yang tak kenal apa tu zine. Sangat memilukan dan sebab tu la kenapa aku cakap zine punk dah mati dan kenapa kau sebagai pewaris perlu buat zine punk. Benda ni pun adalah bukti  bahawa tak salah untuk kau ambik topik basi untuk dibuat sebagai isi dalam zine kau. Isu dalam punk ni aku rasa tak akan pernah habis. Tapi tu bergantung pada pemahaman kau pasal punk. Punk boleh pergi dalam pelbagai cabang hidup: kalau punk hanyalah sebuah medium untuk kau berpolitik maka aku utarakan kau untuk menciplak isu basi. Xsalah bro.. Che Guevara pun masih relevan kot.

Dan aku rasa perlu sebenarnya kita buat sebuah buku secara kolektif  yang menjelaskan dengan lebih dalam pasal setiap isu yang sebenarnya dah settle  tapi masih ramai orang babil tak paham untuk diterbitkan secara meluas.And that is the thing about zine, (ha, tengok! mood menulis dalam bahasa inggeris aku dah datang) It cannot be easily obtained and like most of the zines that had been produced in the past nobody remembered it now (also kudos to Dhani Ahmad for his zine archives in koleksizine.blogspot. Kalau tak ada dia mungkin aku tak akan tahu pasal banyak zine yang pernah wujud kat malaysia). Chances is in 5 years nobody will remember that a zine called Trypophobia used to exist in this land that we called as Malaysia. That being said mana-mana kepala punk (atau otai zine) patut compile semua isu-isu penting dalam punk ni melalui perbincangan secara kolektif untuk diterbitkan  dalam sebuah buku yang dapat diperoleh dengan mudah. Let just called it as the ‘punk bible’. Bila benda tu dah wujud maka barulah budaya ‘punk zine’ ni kau boleh buang dalam tong sampah.

Lagi kau tau tak apa yang aku perasan pasal scene punk. Bila punk je kau mesti nak cakap pasal anarki. Punk je kau mesti nak sebut pasal no homophobia, anti facism dan segala bullshit lagi. Benda ni tak perlu kau ikut dan setuju.. Cipta kau punya own set of ideology. Zine is an alternative forms of literature, so you don’t need to be an actor or cium bontot sape-sape. Kalau kau ada pendapat kau yang tersendiri kenapa fascism itu cool atau kenapa kau rasa anarkisme itu bodoh jadi aku galakkan kau utarakan benda ni.. Keluarkan hujah kau yang tersendiri (sebab tu aku rasa zine adalah medium yang bagus sebab kau hanya perlu fotostat dan sebarkan secara senyap kalau kau takut kena bash). Kau tak perlu bijak untuk mempunyai idea dan kalaupun kau kena bash tu adalah peluang untuk  kau membaiki diri kau sendiri. Mulakan perdebatan antara zine.. (perdebatan melalui zine adalah lebih bagus dari bertumbuk belakang supermarket-membazir tenaga kau je).

Bagi aku apa yang best pasal buat zine ni adalah personal satisfaction yang kau dapat dari produk tu. Bak kata Kathleen Hanna masa dia relate kerja zine dengan dia punya solo projek sebagai Julie Ruin

Making fanzines for me was always being in my room by myself. And cutting stuff while having specific relationship to my materials that was not mediated by anybody else”…

Walaupun aku akui pada aku zine Trypophobia ni boleh pergi lebih jauh lagi kalau aku tak terlalu malas tapi bila dapat tahu yang ada orang nak sentuh zine ni rasa bangga babi woo. Sedara sedari sekalian, aku jalan kaki dari KLCC pergi KL Central kut sebab duit aku dah habis untuk print zine Trypophobia #1 tu. Pergi tempat kerja Ribut Cicak dia pun ada rm 2 je. Nasib boleh balik hostel dengan RM2 tu… walaupun aku berkorban banyak untuk siapkan zine ni tapi personal satisfaction tu memang tak dapat dipertikaikan.

Apa tunggu lagi. Buat zine secara kolektif atau sorang-sorang. kau boleh rujuk zine ni sebagai panduan kau dan zine ni memang aku cipta sebagi rujukan dan ruang idea buat kau (setiap detail dalam isu ni aku buat dijadikan inspirasi buat kau). Tak semestinya kau perlu menulis je bro. kau bebas buat apa-apa pun dengan zine kau. John Holmstrom dulu melalui kreativiti dia berjaya cipta magazine PUNK masa era CBGB tengah meletup dengan illustrasi dia. Macam aku cakap kau punya zine tu adalah dokumentasi kepada kebodohan diiri kau. Kalau kau nak buat novel lucah sekalipun  kau adalah amat dialu-alukan. Kau nak buat zine pasal koleksi tahi hidung kau dan pengalaman kau makan tahi hidung pun jugak dialu-alukan (dan kau akan jadi budak paling punk bagi aku kalau kau betul-betul buat zine macam ni)… apa yang penting di sini adalah semangat DIY yang kau bawak. Kalau kau ada apa-apa idea sekalipun terus je buat. Hari pertama idea buat zine ni datang dalam kepala otak aku terus buat. Walaupun awal-awal tu agak pundek tapi bak orang putih: practices make perfect apa entah (lupa la pulak).

. Aku rasa aku boleh tulis lagi 2 mukasurat pasal ni benda ni je tapi akhirnya yang akan buat zine ni adalah kau. Kau yang perlu teruskan legasi zine ni….

 

Penulisan ini ditulis secara membabi buta demi memberi bukti bahawa budak bodoh juga mampu menulis dan buat zine

121212.jpg

there you go…

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s