ANARKiiSME: RELEVAN ATAU TIDAK

TAKEN FROM SECOND ISSUE:

Aku rasa aku bukanlah orang yang paling sesuai untuk memberi pendapat mengenai Anarkisme. Pengetahuan aku tentang anarkisme adalah sangat limited kepada basic anarkisme dan anarcho punk movement (bawah Crass). Aku hanya pernah membaca sebahagian bahan bacaan dari tokoh bawah ideology ni dan yang tu pun aku dah lupa apa yang dorang cakap. Aku tak ambik port sangat dengan pecahan-pecahan bawah anarkisme ni -Sedangkan perdebatan pasal mazhab dalam islam pun bagi aku dah bosan apatah lagi mazhab Anarki yang hanya menjurus ke arah ekonomi (boring af). Tapi sebab benda ni jarang orang cuba citer atau segelintir besar orang tak betul-betul cuba memahami di sebalik ideology yang bagi aku sangatlah ‘badass’ ni aku rasa bolehlah aku selit sikit. Cubalah bincang ngan brader dan sister yang lebih tahu pasal topic ni sebab apa yang aku tulis ni aku buat tanpa kajian lebih mendalam sebelum tulis. Dengan kata lain lebih kepada pendapat aku dari apa yang aku pernah baca dan paham. Anak udang tumpang lalu ye boss..

Seorang kawan aku pernah bertanyakan pada aku pasal implikassi anarkisme. Menurut dia walaupun anarkisme ni cool tapi anarki sebenarnya tak mampu dilaksanakan dalam keadaan sosio-politik sekarang. Dan secara hakikatnya kalau diikutkan pemahaman aku la sememangnya tak pun. Penduduk Catalonia tak sama dengan Malaysia. Anarkisme pada pandangan aku memang tak dapat diimplikasikan secara total dekat rakyat Malaysia kalau diikutkan dengan mentaliti masyarakat kat Malaysia ni tapi tu tak bermakna anarkisme hanyalah sebuah bedtimes story yang kau baca untuk bagi anak kau tidur. Secara peribadi aku rasa anarki hanya boleh dicapai dengan satu cara iaitu cara yang sama untuk kau jatuhkan parti Barisan Nasional :Direct Action. ‘Keganasan’ adalah perlu bila kau berurusan dengan kaum yang babil dan anarki sememangnya memerlukan keganasan pada awal bagi aku. Walaupun cara yang lebih pacifis tu wujud tapi bagi aku dalam masa terdekat ni itulah jawapan aku – Tapi tengok kepada sosio budaya la jugak sedara.

Jadi adakah anarki mampu wujud?Entah ler, hanya masa yang menentukan…

RINGKASAN

Sebelum kita pergi lebih jauh dalam topik ni kita harus tahu apa tu maksud di sebalik perkataan ‘anarki’ tu sendiri. Secara literal anarki bermaksud ‘no ruler/tiada pemerintah’ (aku lupa bahasa apa. An dan archos apa entah). Salah faham yang cukup besar dalam anarki adalah bila tiada pemerintah ini bermakna kau bebas buat apa saja. Satu aspek yang penting yang ramai budak-budak tak tahu adalah mengenai Order (undang-undang) yang wujud di sebalik idea anarki tersebut. Untuk menggantikan unsur ‘pemerintahan/fasis yang wujud dalam sistem lain undang-undang tu adalah sesuatu yang sangat perlu. Sesebuah sistem yang berlandaskan anarki  sangat mengambil  berat dengan kepentingan undang-undang.  Jadi bila  kau duduk dalam dunia anarki kau bukannya hidup di bawah aturan polis dan kerajaan tapi kau ‘self –govern’ diri kau dengan undang-undang yang spesifik diberikan dalam sesebuah kolektif yang kau duduk. Jadi di sini kau diberikan kebebasan individu dan pada masa yang sama masih perlu hidup dalam undang-undang tertentu untuk memastikan bahawa kebebasan individualism tu terjaga. Dan disini la datangnya unsur kolektivism dalam anarki. Dalam dunia yang  tiada unsur kapitalisme apa yang kau nak tak boleh dapat kat supermarket macam tu je. Kau kena bergotong royong dalam membahagikan tugas (ni salah satu lagi bentuk Order yang kau kena jaga).. Membersihkan lubang jamban, tanam sayur, tukang cebok, tukang gulung rokok daun, baiki paip,  buat rumah, masak dan pelbagai lagi tugasan asas yang perlu dalam kehidupan seharian. Okay, kau mungkin rasa benda ni sama je dengan sistem biasa  tapi apa yang membezakan benda ni adalah kau tak dapat duit bila kau buat benda macam ni (nama pun gotong royong)..

Tapi apa yang kau dapat dari penat lelah kau tu adalah keselesaaKropotkin1n yang orang lain bagi dekat kau. Kalau tugasan yang diberikan kau adalah tanam sayur kau tak perlu masak sebab tugas tu adalah tugas orang lain. Tu lah yang best pasal anarki. .  Dan apa yang menyebabkan orang cakap anarki ni tak mampu dipraktikkan adalah sebab ketiadaan ‘police state’ yang mengawal sistem ni. Kalau ada sorang yang rebel tak nak buat kerja dan buat hal maka semua tu akan jadi huru-hara.. (disinilah yang sebetul-betulnya unsur chaos dalam anarki tu. Sedikit perubahan je semua akan rosak). Sebab tu lah benda ni susah nak diamalkan.. Okay tu je la. Aku bukan cikgu sekolah nak   terangkan secara terperinci.

Ni dari apa yang aku paham la. Kalau kau tak setuju kau membebel  la dekat orang lain atau pergi buat zine kau sendiri. Macam aku cakap aku  tak pergi jauh sangat.. Anarcho-comunism-syndicalism apa tu sangat bosan la brader. Dan sekali lagi rujuk abang-abang anarkis kawasan kau.. (Tapi kalau dorang punya anarki ambik dari lagu Exploited baik kau ambik apa yang aku cakap ni sebab anarki dorang tu sampah. ‘Chaos is my life’ abah kau).

Okay, sekarang abang , adik dan kakak semua dah paham apa tu anarkisme kita akan pergi ke bahagian yang saya betul-betul nak cakap.

Bahagian pertama: KEPENTINGAN ANAR-KISS-ME

Bila kita cakap pasal anarkisme kita kena ingat walaupun benda tu tak dapat diimplikasikan dalam negara malaysia tapi tu tak bermakna kita tak perlu cakap pasal benda ni. Saban hari kita diaajar akan kepentingan kerajaan sampai tahap kita semua terlalu bergantung kepada kerajaan je untuk buat kerja. Melalui anarki kau diberikan alternative kepada masalah ni. Sebagai contoh kau bolehh tengok  kepentingan wujudnya pihhak pembangkang dalam sesebuah kerajaan. Untuk pengetahuan kau kaki undi barisan nasional semua kau kena tau bahawa kalau pembangkang tak ada hidup kau akan jadi lebih pundek dari apa yang kau alami sekarang. Kau ambik contoh masa pilihan raya, untuk mengelakkan pihak kerajaan ni kalah dorang mula bai riban best-best dekat kau. Beras free,  tepung free, rokok free, bina jalan raya. Semua tu sebab dorang nak menang undi kau. Dalam pada masa yang sama dorang cuba memperbaiki sistem pentadbiran dorang untuk memenangkan hati kau orang.  Sebab tu lah negara yang baik sistem pentadbiran dia bagi aku adalah  negara yang  mempunyai pembangkang yang kuat untuk menakutkan kerajaan.  Bila dua pihak saling  berlawan tu la kau akan makin dapat habuan yang sepatutnya ( tapi sayang kita punya negara bukan macam tu la brader. Dorang main buruk-burukkan nama dan menggunakan unsur kaum dan agama je nak menang undi -haram jadah). Bila hubungan pembangkang/kerajaan ni  tak berjaya bergerak kat sinilah anarkisme main peranan. Dorang cuba menjadi hantu untuk menakutkan kerajaan. Memberi alternative yang boleh melemahkan kepentingan dorang. Geng-geng anarki dan antifasis ni walaupun pada aku dorang tak akan betul-betul berjaya melakssanakan idea dorang tapi dorang boleh menakutkan geng-geng ahli politik ni. Tapi tu la kau bodoh. nampak ekstremis je kau kutuk geng-geng ni konspirasi yahudi/illunminati dan komunis la. Cekpit kambing sungguh mereka semua. Walaupun cabang ni extreme tapi melalui pendedahan kepada cabang yang extreme ni yang membantu kau mecari keseimbangan antara dua titik tu.

bahagian kedua: MENGIMPLIMENTASIKAN ANARKIS-MME

Apa yang buat anarki ni best adalah bagaimana sistem anarki ni bergerak. Bagi aku apa yang penting dalam anarkisme adalah aspek individualism dan collectivism . Kalau kau cakap pasal sistem anarki ni tak semestinya kau perlu buat kat seluruh negara. Budaya kolektivism ni sebenarnya adalah lebih sesuai diamalkan dalam kelompok yang kecil (ada detail yng aku lupa perjelaskan kat kau lagi pasal anarkisme ni tapi aku malas nak tulis jadi seperti biasa research sendiri la brader). Satu contoh yang cukup aku suka bagi adalah sistem kampung di mana dorang duduk bergotong-royong antara satu sama lain. Tu adalah salah satu kolektif brader. Buat kerja tanpa upah. Kalau kau rasa nak contoh yang lagi intelek kau booleh tengok dalam citer Lord of The ring tulisan J.R.R. Tolkien dekat part kampung Hobbit tu. kampung hobbit tu sebenarnya adalah anarkisme yang betul-betul kaw self sustained dan self govern tapi masih mempunyai order (kalau kau tengok sejarah penulis citer tu kau akan tahu yang dia ni sebenarnya seorang anarkis jugak).

Anarki bukanlah sebuah dunia post apocalypse macam yang kau tengok dalam citer Mad Max tu brader dan sistur sekalian tapi sebuah kampung hobbit yang Frodo Baggins menginap tu. Tu sebetulnya anarki. Kau berpakat ponteng sembahyang jumaat dengan dua orang kawan kau. Masing-masing bagi tugas untuk diagihkan tanpa ada ketua pun nak membahagikan semua tu. Kau rancang secara muafakat. Sorang check tingkap, sorang sediakan makanan dan rokok dan kau bawak laptop untuk tengok movie. Tu jugak adalah kolektivism yang power  dan anarkis bagi aku (bagi aku la, orang lain tak tahu).

Dan sebenarnya anarki ni tak susah dilaksanakan dan tak perlu rebel pakai mowhawk untuk kau jadi anarkis.  Dalam dunia punk kau boleh tengok contoh markas Crass iaitu Dial House. Dorang punya tempat sangatlah eco-friendly dan hippy. Dial House adalah contoh terbaik sebuah macam mana kau masih boleh mewujudkan sebuah komuniti anarkis dekat kawasan kau (nak tunggu satu Malaysia susah bro).   Untuk komuniti yang lebih besar kau boleh tengok model Freetown Christiana kat Denmark (tempat ni power!!). Contoh lain macam Kolektif Food Not Bombs, Buku Jalanan dan Free Market  adalah gerakan anarkis yang wujud demi memberi alternative kepada masyarakat untuk self sustained diri dorang tanpa terikat dengan unsur-unsur bosan. Tu baru pure anarki la bro.. Lagi bagus dari kau buat band  rambut pacak sambil nyanyi kutuk kerajaan Amerika. Dan yang paling penting, nilai individualism dalam anarkisme tu sendiri. Aku rasa aku tak payah ulas lebih panjang pasal  ni sebab korang mungkin dah paham. Kalau kau buat bodoh acah-acah nak suruh aku ulas aku sarankan kau baca George Palante punya tesis pasal anarchy and individualism. Dia dah ulas panjang lebar untuk kau.

DISCLAIMER

Kalau kau rasa aku adalah seorang anarkis sebab aku tulis artikel ni maka dengan ini aku nak buat pengumuman: aku bukan seorang ANARKIIS wahai sedara dan sedari sekalian. Kalau aku pakai baju anarki pun tu sebab aku pakai sebab aku rasa baju atau patches tu cool (poser takpe asalkan kau stailo). Walaupun aku mengaku bahawa aku cenderung dengan cabang anarkisme tapi sampai mampus aku taknak mengaku sebagai anarkis, aku adalah poser (muahaha).  Aku tak nak kongkong pemikiran aku ni dengan mana-mana politik. Baik jadi poser dari letak komitmen dengan label-label membebankan macam ni. Poser ni kau tahu tak bebas je nak buat apa-apa pun. Hari ni aku sokong Umno, esok aku sokong Marxist, lusa aku sokong ideology PAS pulak. Walaupun nampak agak munafik tapi itu kebebasan yang total brader.

 FUCK YEAH!

Tapi macam manapun tu tak bermakna aku tak rasa anarkisme ni tak cool. Kalau betul la ada tempat yang semua orang mampu self govern tanpa  kehadiran police state aku pun nak duduk kat situ.

a1.jpg

T

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s