ZiNE AiN’T DEAD: KL ZINE FEST 2015

WRITTEN BY RIBUT CICAK; https://itsnotajokes.wordpress.com/

SECOND ISSUE

Sebelum ni aku pernah juga cuba kupas pasal sejarah zine ni berulang kali (dalam aku punya jurnal) . Sejarah zine kat malaysia, tapi entah mana aku letak buku draft aku tu. Penat aku tulis, semua benda aku tulis dalam tu dah macam buku diari aku dah… Memang frust la jawabnya. Mungkin tiba masa aku patut berehat sekejap dan mulakan dengan alternatif lain, point draft dan sebagainya untuk trace balik apa yang aku pernah tulis. Input tersebut aku banyak dapati dari pelbagai sumber termasuk beberapa orang individu yang berada di era zine tahun 90-an ni dulu.

Baru² ini Amirul/Saifudin Mohd Nor (pelajar dari sebuah IPT menurut seorang member) juga ada menulis pasal fanzines dalam kolum focus akhbar berita harian (atau utusan, aku pun dah lupa) telah menarik minat aku untuk menyambung semula cerita yang terbengkalai pasal zine ni.

Jika dahulu, zine adalah sebuah material DIY, kreatif yang digunakan sebagai bahan fiksyen, sciences atau cerita hikayat sehingga akhirnya menjadi tulang belakang bagi menghubungkan scene underground didaerah atau negara sekitarnya. Di Malaysia pula, akhir era 80-an hingga awal 90-an, bahan material ini digunakan secara meluas sebagai medium komunikasi sama seperti surat tak rasmi kerana ianya adalah medium bebas. Zine Huru-Hara yang ditulis oleh Mamat Hitam di Terengganu pada 1986 dalam dialek pantai timur dengan penulisan ringkas DIY tanpa menggunakan typewriter, penyebarannya juga antara kenalan² sahaja. Huru-Hara dan Aedes yang ditulia olej Joe Kidd dikhabarkan  zine pertama yang mula bertapak di Malaysia, namun demikian intipati berbeza yang diketengahkan oleh Joe Kidd ketika itu dimana pendekatannya dalam scene hardcore, punk dan metal dalam dan luar negara menggunakan zine sebagai metodologi medium penyampaian. Tetapi sayangnya legasi zine Aedes berakhir pada pertengahan 90-an, Joe Kidd berhenti mengeluarkan Zine Aedes

Selepas itu, banyak juga penyusulan zine² dari pelbagai pelusuk negeri turut muncul seperti Trash Attack, Vortex From The East, Krenmaut dimana isu keluarannya agak terhad. Tidak lupa juga di Sabah dan Sarawak era 2000 zine² metal digunakan digunakan untuk mewartakan cerita tentang muzik keras dalam dan luar sebelum beralih ke webzine dan sebagainya.

Zine adalah suatu medium bebas untuk berkomunikasi, tidak terikat yang mana pengeluaran isunya mungkin sebulan atau mungkin setahun sekali dan penghasilannya dari segi binding sangat DIY bergantung dengan kreativiti penulis itu sendiri. Mungkin atas faktor kemodenan, globalilasi zine material mula senyap dan beralih kepada penulisan blog dan webzine, seolah olah zine ini menjadi trend dan bebas kepada semua golongan tetapi bila kita lihat satu persatu isi kandungannya, intipatinya hampir sama (copy paste). Sayangnya copyright atau keaslian itu tidak lagi menjadi nilai utama jika penghasilannya sekadar memenuhi syarat sahaja. Fenomena ini kita dapat perhatikan selepas terbitan drama bersiri terbitan Redink, K.A.M.I pada tahun 2008. Ketika itulah bahan bacaan material kian dilupakan kerana twitter, myspace mula hangat diperkatakan.

Melalui pembacaan dan perkongsian beberapa orang individu, era 90 sehingga 2000 adalah satu trend dimana scene muzik underground bergiat aktif melalui sistem swapping zine/tape/cd masing² tidak kira dari scene metal hingga ke scene punk. Ini sahajalah salah satu cara bertukar cerita tentang band dalam scene masing-masing. Aku sangat menyokong pergerakan zine sebagai tulang belakang dalam scene muzik ataupun boleh menjadi reference radikal yang berbentuk perjuangan hak dan sangat bebas seperti mana kita lihat dahulu pada booth atau meja merchandise di bukan sahaja hanya terdapat kaset, cd atau t-shirt sahaja tapi terselit juga buku-buku fotostat bersaiz B5 atau mungkin A4. Ini adalah salah satu fundamental sebenarnya kepada scene underground dimana risalah penyebarannya diperlukan bagi menggerakan muzik mereka.

Picture1q.png

KUALA LUMPUR ZINE FEST

Trypophobia zine, sesuatu yang aku dengan _________  sendiri tak duga yang kitorang akan  dapat buat zine. Sebelum ni kami cuma sekadar berkongsi pandangan dalam scene hardcore/punk dan membincangkan tentang artikel berat dan isu² semasa. Sampai satu masa kami rasa kami patut catat dan kompilekan diskusi untuk referensi kami sendiri seperti sebuah folio ataupun projek. Aku mula terdetik kearah zine apabila ____________ ajak aku pergi ke KLZF15 yang akan dianjurkan di Pasar Seni pada 19 Disember 2015. Nostalgia, dimana situ lah scene underground hangat diperkatakan suatu masa dahulu. Dengan daya penulisan kami yang agak lemah atas sebab kurang pendedahan, kami cuba untuk membukukan hasil compile atau folio yang hanya disusun atur dalam masa 3 minggu [idea untuk buat zine ni bermula sekitar pertengahan oktober jadi kalau dikira dengan percambahan idea semuanya mengambil masa dalam 2 bulan tetapi proses membuat zine dari asas  mengambil masa dalam 3 minggu lebih]. Kelam kabut hasilnya juga agak serabut haha…

Picture2q

Trypo first issue: all it take was just two clueless dudes and a whole lot of dedication

Sepanjang penghasilan trypophobia ni kira banyaklah dugaan dan tak terkira dengan aku sendiri yang ketandusan info dan pendedahan pasal zine bebas ni. Secara rawak here and there aku cuba mendraf artikel tanpa memfokuskan apa yang aku cuba sampaikan kerana probe kajian sangat kurang. Masa untuk pergi pusat siber pun tak ada kerana kesibukan bekerja dari pagi sampai malam, agak kesuntukan masa untuk semua tu tambahan pula duit cukup-cukup untuk makan dan tambang sahaja. Banyak isu berbangkit yang kami ketengahkan seperti SUKE Highway dan serbuan pihak berkuasa terhadap Rumah Api ketika gig Party Tonight, Revolution Tomorrow. Dateline tak sampai 2 minggu buat aku rasa tak yakin sempat atau tak siap sebelum KLZF15 19 Disember tu nanti. Well done! Tinggal lagi beberapa hari __________ terus siapkan printing dalam bentuk material dan juga sticker sebagai gift dengan bantuan seorang rakan  dia di Terengganu (Sageng). Aku pula sibuk dengan urusan cuti dengan memberi alasan aku ada urusan penting kat kolej tempat aku belajar dulu. Ini sahaja cara aku untuk melepaskan diri, kalau tak memang susah aku nak dapat kelepasan dari bos aku

19 Disember. Pagi-pagi benar aku bangun dan siapkan sarapan sebelum nak keluar rumah, tu dah jadi kewajipan untuk aku sebab nak jimat, tak makan dekat luar. Lagipun memang aku perlu siap awal kerana perjalanan aku dari damansara ke KL memang ambil masa sikit jika menggunakan public transport. Jam 11 aku menuju ke bas stop, hampir sejam aku tunggu bas. Ini lah masalah kat Malaysia, kononnya sistem pengangkutan efektif dan mantap tapi kita lihat sendiri kita terpaksa berpadat, kekerapan pun sampai setengah jam sekali, agak tidak wajarlah kadar tambang pengangkutan awam dinaikkan jika kecekapannya masih kurang memuaskan. Turun di stesen komuter Kepong Sentral, aku kena tabahkan hati untuk menunggu komuter ke KL. Bayangkan setiap hari aku lalui rutin ni sebab aku kerja kat KL Sentral, memaki hamun lah. Tak heran kenapa aku tak boleh on time sampai tempat kerja.

Tiba sahaja di stesen Kuala Lumpur aku terus menapak laju ke Findar art yang terletak berdekatan dengan Hub Bas Pasar Seni dimana lokasi KLZF15 diadakan dan aku terus update lokasi kat ___________ takut dia lambat sampai sebab zine semua dia yang pegang. Aku melangkah masuk ke lokasi mengikut banting dan tanda arah yang diletakkan sepanjang jalan, aku kena spy dulu tempat tu untuk ambil mood discovers something. Ini merupakan kali pertama aku jenguk KLZF, sungguh teruja. KLZF merupakan non profit organization dimana menghimpunkan dan publishing hasil karya bebas dan DIY. Bukan sahaja zine, terdapat juga buku² indie, fixi, lukisan kanvas serta stuff-stuff dan aksesori dari distro². Meriah dan mengujakan.

Kepelbagaian artwork yang tidaklah terikat contohnya apa yang aku lihat sendiri ianya bergantung dengan kreativiti penghasilnya. Selain itu, ada juga slot-slot untuk showcase, band perform, pendeklamasian sajak serta yang ditunggu-tunggu tayangan buku jalanan bandung dan forum pasal zine dari 3 orang zinester.

Aku addicted sikit dengan kaset-kaset ni, berbekalkan duit poket aku beli satu tape band powerviolence dari Australia, Extortion.. aduh aku dah terspend duit makan tengahari aku. Sejam kemudian _______________ menyusul membawa zine bersamanya, atleast adalah benda nak trade kot-kot ada stuff yang berkenan dihati. Nasiblah tak terasa lapar walaupun tak makan tengahari tu, kalau keluar makan pun mungkin tak lepas duit makan rasanya. Paling tak pun kena ada sepuluh ringgit.

Kami bawa sekali zine kami sebagai probe sebenarnya untuk dikongsikan kepada pengunjung, sekadar mencuba nasib. Tapi lain pula jadi haha, Trypophobia dijadikan modal untuk swap stuff. Ada juga lah diedarkan kepada pengunjung, dan dari situ kami beroleh semangat apabila trypophobia diterima sebagai DIY zine (bukan URTV atau Mangga) serta kami terus bersemangat untuk meneruskan trypophobia ini ke edisi seterusnya.

Picture3

Dari Kiri, Darwish, Nizang DDT, aku.

Acara di KLZF berlarutan sehingga pukul 10.  ________  bersama 2 orang rakan lagi dah balik dulu tinggalkan aku berseorangan kat event space seawal 7 petang. Agak risau jugalah sebab bateri phone aku kong, dan aku pula jenis yang tak reti nak pakai jam tangan, bergantung pad jam smartphone ni je. Sedar tak sedar aku menghabiskan hampir sehari dekat KLZF aku bergegas berlari ke stesen komuter takut terlepas komuter. Tapi memang tak sempat pun sebenarnya sebab bas terakhir sampai pukul 11 malam sahaja, jadi aku pilih alternatif lain iaitu balik ke Bandar Sunway sebab aku lebih familiar kat sana dengan berbekalkan duit poket yang tinggal berapa ringgit sahaja aku membuat keputusan untuk tidur kat pusat siber sambil layan YouTube. Atleast ada juga tempat berteduh…

2017-05-10-23-25-35

Dari Kiri: ________ , Darwish, aku

 

Apapun aku sangat setuju dan mengharapkan Zine fest menjadi acara tahunan bagi menggalakan golongan pembaca dan penulisan tidak kisah medium apa atau genre apa sekalipun kerana budaya membaca itu salah satu cara komunikasi yang sangat berkesan serta memberi impak besar kepada keberkesanan daya ingatan yang matang. Ia bebas untuk semua golongan.

KLZINEFEST

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s