HACKTICK! Interviiew [bunch of lively dudes]

Editor  Note: Interview ni dibuat beberapa bulan yang lalu. dah lama dah. Aku sebenarnya tak siap lagi finalized isu 3 ni tapi kesian pule kalau bagi orang tunggu lama -lama ni jadi nah aku bagi awal-awal. Lagipun haritu aku nampak dalam insta-story dorang macam tengah buat recording je jadi adalah baik untuk aku rilis awal-awal. Agak panjang sikit interview ni sebab aku overexcited sikit masa buat soalan.. papepun enjoy.. nanti aku rajin aku edit la balik. Pendekkan ayat ke. Bagi update ke. Tambah aku punya ulasan ke caner… kalau rajin…

Ohye, dorang ni band Pop-Punk dari Klang. well, ‘pop-punk’ is a bit of understatement sebenarnya tapi jika nak diringkaskan boleh la dikatakan pop-punk. apa lagi eh nak cakap.. entah la.. apa yang penting adalah dorang power. kalau tak power aku tak akan interview weh. Zine ai ada standard kot..

vol 3 akan dirilis bulan Disember …. kat KLZineFest.

Ed: Editor

Ed: Semekom, Give us a brief history review behind this band.

Member intro: [rujuk gambar untuk nama and position in the band]

Hyke: Hacktick ditubuhkan pada tahun 2008 oleh aku, Ash dengan sorang lagi member kitorang (dah keluar) masa kitorang form 4. Selepas habis sekolah kitorang ajak  Zul dan  Mun junior sekolah kitorang join dan Mo as the last addition to the group.

Ed: Soalan klise pertama, apa influence kau dalam membentuk sound Hacktick ni. Adakah band ni ada mastermind dalam menentukan halatuju muzik yang kau orang main.

Ash: mastermind dia ni (tunjuk kat Hyke)

Hyke: aku cuma buat asas lagu je, lepas tu aku akan bagi kat pundek-pundek ni semua dan dorang akan bagi pandangan dan input dorang la, As for mastermind tu dia tak ada

Mun: dia bukan Hyke yang buat semua benda. Kalau lirik semua memang kat dia  dengan basic sound drum, guitar yang dia nak dan kitorang akan improvise dengan style kitorang sendiri.

Mun: Bagi aku la untuk awal-awal band kitorang memang influence dekat Pop Punk mainly  Greenday, Blink 182, Sum 41 [Zul: tapi ramai kata dulu kita main macam Sum 41] , a’ah dulu ramai cakap kitorang macam Sum 41. Memang main influenced kitorang. Kitorang banyak dengar dan membesar dengan lagu dorang so kitorang main pun macam diorang la awal-awal. Then, bila kitorang dah makin ‘matured’ dalam band dan dah luaskan influenced kitorang style pun dah mula berubah. Kalau nak dibandingkan dengan dulu kitorang lagi heavy kot sekarang tapi untuk hala tuju muzik tu sendiri kitorang pun tak tahu.mana tujuannya. Setiap lagu yang kitorang buat ada hala tuju yang lain but for the direction kitorang masih kekalkan root punk dalam karya kitorang.

Hyke: kitorang buat je apa yang kitorang nak buat la sebab masing-masing ada taste dan style masing-masing.but as for hala tuju kitorang cuba nak be as creative as possible la as an artist but at the same time kekalkan akar punk tu.

Zul: punk tu root dia.

lineup

from left: Zulzai (drum), MO (synth), Mun (Guitar), Ash (bass), Hyke (Vox/Guitar)

Ed: Melalui Bandcamp Hacktick aku ada perasan yang kau ada tulis “Degeneration was recorded in a bedroom” – dan agak nice jugak bagi aku production quality lagu tu. Ini merupakan satu fenomena yang menarik bagi aku. As a bedroom artist yourself apa pendapat kau mengenai band-band baru sekarang yang rekod music dorang dalam bilik je instead of the ‘old school’ studio recording. Is the availability in recording methods these day can help our music scene to thrive atau mengurangkan nilai aesthethic dalam berkarya itu sendiri (dari segi sound quality terutamanya).

Ash: memang daripada dulu lagi Hacktick! Rakam dekat bedroom je. Kat studio belum pernah lagi la. [Zul: belum ada rezeki lagi]. Kitorang memang start awal kitorang brooke abis la. Kitorang beli mic studio, try attach to mixer and paling hardest thing is to mix the thing la. Bab software ni banyak Hyke la

[Zul: Hyke lebih kepada mixing].

Bedroom publishing ni dia bagus untuk starters. Tapi kitorang pun ada rasa nak pergi studio sebab studio memang…

Mun: macam ni la. Apa yang kau buat kat studio  kau tak akan dapat kat bedroom  dan apa yang kau buat kat bedroom kau tak akan dapat dekat studio.

Hyke: ‘Bedroom’ ni dia bagus untuk orang buat apa dia nak buat. Dia bagi semua orang peluang untuk didengari. DIY-ly. Itu bagusnya tapi bila dah cukup duit dan ada peluang untuk pergi studio dan jumpa producer yang betul silalah buat sebab kitorang pun memang ada peluang nak macam tu. Kita boleh belajar banyak dari orang yang berpengalaman dan kitorang nak la benda tu. [Mun: bukan macam sellout la]. Untuk permulaan DIY memang baik tapi bila ada peluang belajar dari luar dan ambik pengalaman dari situ untuk kau implimentasikan secara DIY balik maka itu lebih baik. Mana tau boleh buat company sendiri lepas ni..

Ed: Macam mana kau orang boleh mula join gig dalam umur yang masih muda lagi. Apa tips kau untuk budak-budak muda yang nak start main gig tapi tak tahu macam mana nak mula (to book gig or join into the community etc)

Mo: pergi je gig. Pergi gig dulu. Pergi la gig. Lepas tu expose dengan gig.lepas tu kalau rasa nak main muzik [blur]

Hyke: macam ni, kalau nak join show paling senang la open mic. Mana-mana event ada open mic kau join dan perform. Kalau kau nak bakat kau didengari kau pergi open mic. Kalau kau bagus orang-orang yang perform sekali dengan kau dan dah ada pengalaman akan ajak kau join dorang punya event. Dia jadi macam chain reaction

At the same time bila kitorang join open mic semua tu kitorang banyak berkenalan

Mun: networking. Make friends

Ash: Marketing. Tu benda paling penting sebenarnya. Jarang kau main first gig kau dah terer. Walaupun macam kitorang ni banyak lagi nak belajar tapi kitorang market diri kitorang. Cara dia kau kena berkenalan dengan orang. Jangan abis gig kau terus nak balik.

Mun: Bagi aku main thing is passion and then baru follow with networking. And then jangan stop la cari gig..

Hyke: Kitorang cari organizer ni dan email lagu kitorang dekat organizer dan cakap yang kitorang nak perform. Dekat internet tu ada je banyak  organizer dengan band. Jangan segan. And even kalau korang pergi gig korang boleh je pergi jumpa organizer dengan band dan cakap yang “hai saya ada band dan saya nak perform”.

Ed: Melalui pengalaman aku sebagai seorang gig-comer ni aku perasan suatu ‘behavior’ yang agak taik dalam scene underground. Biasa kalau gig je crowd datang untuk tengok band yang dah ada nama ( famous) dalam scene. Bila band yang dorang tak kenal main crowd akan jadi tak aktif atau terus keluar lepak hisap rokok dan tunggu band yang dorang kenal main. Sebagai band yang ‘agak baru’ sendiri adakah benda ni turut berlaku dekat Hacktick dan pada pendapat kau pasal benda ni. Is this a struggle for the band.

Zul: kitorang pernah merasa benda ni as a band but this is not really a struggle for the band sebab kitorang just want to share our thought on the songs but dari segi kitorang punya experienced tu dari segi famous tu tak sangat tapi dorang lebih berpuak as in tu band kawan-kawan dorang. ‘ni band member ni jadi kita kena sapot’ –that kind of mentality sepatutnya tak boleh la diamalkan sebab kalau kau pergi gig kau kena la layan semua benda. There’s always benda-benda baru yang kau boleh explore dan dengar sebab setiap band dia ada lain genre dan lain penyampaian.

Hyke: Sebagai sebuah band aku tak kisah sangat walaupun benda tu mungkin akan impak kau dari segi ‘aduhh dorang tak layaann la’. Orang tak kenal kau jadi dorang tak akan layan kau tapi apa yang kau boleh buat is to give your best walaupun sebelum ni ada 100 orang tapi bila kau main tinggal dua orang je sebab kalau orang tadi yang pergi keluar hisap rokok  tu kalau dia dengar kau main dorang akan masuk balik. Even kalau taka da orang masuk pun kau terus je main dan give all sebab at least yang dua orang ni akan tahu yang band kau gempak dan akan citer kat kawan-kawan dorang yang lain. Senang citer la, kalau kau main gempak orang akan cakap pasal kau (walaupun 2 orang je). Don’t give a fuck la kalau dorang nak layan atau tak yang penting kau give your best.

Ed;  As a pop punk band kau tak rasa dipinggirkan ke sebab almaklumlah pop punk bukanlah satu genre yang agak trendy sekarang ni. (atau sebenarnya pop punk ni ada scene/crowd tersendiri yang aku sendiri tak tahu –kalau ada sila bagitau)

Mun:sebagai sebuah band pop-punk (walaupun kitorang dah mula main heavy as the years goes by berbanding dengan dulu) dari apa yang kami nampak orang masih mampu terima kitorang jugak. Betul apa yang kau cakap yang pop punk ni sememangnya tak trendy but then again pop punk is a catchy genre dan bagi aku tipu la kau dengar metal gila babi tapi kau tak pernah dengar lagu All the Small Thing dari Blink 182 (mesti kau pernah dengar punya). Kitorang suka the catchiness of the pop punk dan kitorang tak kisah kalau as a band kitorang agak dipinggirkan sebab itu memang kitorang punya true identity. Asas dia, even kalau korang dengar lagu kitorang ada keras-keras chorus kitorang mesti masih melodic.  That is our root. Orang mungkin tak suka layan sangat muzik ni tapi kitorang masih akan kekal dengan root kitorang. Mana tahu perhaps one day kitorang dapat jadi antara pioneers yang menaikkan balik pop punk kan.

Hyke: sekarang ni dia tak trendy tapi dia dah mula nak ada pengikut dia.

Mun: a’ah, bagi aku pop punk punya movement kalau nak dibandingkan dengan genre lain (metal, hardcore, etc.) dia agak kurang. Nak cari yang tema pop punk pun susah tapi kitorang  try to fit in la as of for now.

Hyke:satu dekat Malaysia ni kalau dorang layan dorang banyak layan band luar je. dorang tak layan pop-punk local.

Mun: Yes, maybe sebab pop punk malaysia ni tak dapat exposure dan sebab tu la kitorang cuba nak create a pop punk scene unuk tunjuk kat orang kita yang kat Malaysia pun ada band-band pop-punk berkualiti. Kalau orang nak cakap kitorang pop punk ni ‘ditindas’ tu pergi mampos la dorang nak  tindas ke tak tapi kitorang akan cuba sedaya upaya la dalam menaikkan muzik pop punk.

Ed; ]Lirik lagu Degeneration yang kau tulis ada berbaur politikal. Dan Hacktick sendiri aku tengok is not just about being a politically infused band (betulkan aku kalau andaian aku ni salah). Dan benda ni buat aku tertanya-tanya. Bila kita cakap punk je orang biasanya akan generalized it as a form of political movement. Pada pendapat kau perlu ke band punk untuk berpolitikal (in a left wing kind of way) dalam dorang punya lyricism. Is it a necessary thing or just a thing that bands try to bandwagon in order to fit into the punk rock narrative?

Ash: Politik tu kat mana-mana je ada dan bukan sekadar parti-parti politik je. Politik tempat kerja, politik kat rumah dan dengan kawan-kawan pun kau ada politik.. Tapi Degeneration dia bukanlah pasal politik but more of a social issues.

Hyke: band punk ni suka cakap pasal politik pasal politik ni dia bagi impak dekat society dan punk itself is about rebel and saying fuck you to the person that tell you what you cannot do. So it must not necessarily must be about politics asalkan korang perjuangkan apa yang korang rasa salah. Punk is all about that. It’s about just being you and don’t give a fuck about what people think. No need to be political, tak nak politik takpe la..

Mun: Kalau sembang pasal perlu ke kau jadi politikal untuk jadi punk bagi aku tak payah la. Kau boleh je cakap pasal social issues and being punk and you can also talk aboutl love and still being punk.

Hyke: macam Blink la jugak, lagu pasal akhil baligh dan tumbuh jerawat but still punk. Punk can be anything as long as it can express your feeling

Ed; Alang-alang kita sebut pasal political stuff ni apa pendapat kau orang pasal dunia politik malaysia sekarang sebagai seorang anak muda. Cuba bagi pendapat sikit pasal isu ni.

Mo: pandangan aku sebagai student sendiri bila aku pergi belajar aku punya uni tak ada duit sebab subsidize dah ditarik semua sekali disebabkan ‘event-event yang tertentu’ kat Malaysia.Bagi aku benda tu jadi satu masalah la bila benda yang sepatutnya ada jadi tak ada. Lecturer pun tak cukup untuk ajar budak-budak tapi nak salahkan semua orang sebab menurut kawan aku bajet medical dekat malaysia ni lagi murah kalau nak disbandingkan dengan negara lain. Sama macam minyak jugak but still…. Tak tahu la.

Ash: dah la cerita pasal politic ni. politic is a must but politician is suck!

Ed extra note: aku suka bila dorang cuba to move on to another topic. Benda ni adalah best bagi aku. sebenarnya aku saja je buat soalan luar topik ni untuk pander to punk-cliche bullshit yang apparently ramai zine editor cuba buat bila dorang tak ada idea nak interviu band.. lebih kurang macam soalan ‘clickbait’ la. ketidakpedulian dorang dengan soalan ni adalah suatu statement yang power. Quite refreshing bagi aku..

Ed: Ni lebih kepada soalan personal. Aku pada awalnya teragak-agak nak interview band ni sebab dari apa yang aku tengok band Hacktick ni dah ada promotion level yang cukup kukuh dalam social media. Dan soalan aku adalah kau rasa printed stuff macam zine ni membantu tak mempromosikan sesebuah band sebab back in the 90’s and early 00’s kita tak ada social media jadi zine adalah benda yang agak penting masa tu (berbeza dengan sekarang). Adakah zine masih relevan pada pandangan kau orang [no need for hypocrisy]

Hyke: Bagi aku samaada masyarakat fikir zine zine ni relevan atau tak sebab sekarang kita dah ada promotion internet semua tu tapi zine ni sentiasa akan ada pengikut-pengikut dia and setiap benda yang kau buat ni akan bagi impak. Contoh macam zine la, kau mungkin rasa benda tu tak relevan sekarang tapi bila orang beli zine kau zine tu akan sentiasa ada selamanya kalau kau jaga benda tu sebab zine ni dalam format fizikal. Zine ni jugak bolehh dijadikan references untuk berpuluh-puluh tahun akan datang bila sesiapa nak buat research pasal underground and art scene dekat sesebuah negara. Pada aku sebenarnya walau ada internet semua tu tapi benda yang softcopy ni dia tak sama dengan fizikal. Aku boleh bagi anak cucu aku dan orang akan lebih appreciate sebab benda tu ada depan kau. Dia bagus sebab dia promote DIY culture, walaupun susah orang nak terima dan dapat tapi dia akan sentiasa ada pengikut-pengikut dan pengikut tu lah yang akan bagi exposure dekat orang lain. As for relevan atau tak dia terpulang la tapi pada aku dia bagus especially untuk scene ni la sebab kita boleh tahu apa yang berlaku (tak semua orang nak buat coverage on indiependent scene).

Ed: Dah agak lama jugak aku tak pergi gig ni sebenarnya. Ada band-band baru yang best tak yang kau boleh rekomen untuk aku dan pembaca-pembaca.

banyak sangat dorang list tapi aku malas nak taip. bila aku malas aku memang malas. Btw dorang ada sebut jugak nama Ben’s Bitches dan aku pernah interview dorang masa isu 1 dulu. ha sila .. sila …

Ed: Lagu kat youtube semua dah ada. Tak ada ke plan nak buat physical rilis dalam masa terdekat ni. Dan apa masa depan band ni. Adakah bakal berpecah bila semua dah start masuk dunia adulthood ni atau ada visi yang Hacktick ingin cuba capai.

Mun: kitorang dah plan lama dah untuk fizikal rilis tapi tak terbuat lagi. Blue print for the EP dah ada (setakat ni enam lagu), tak rakam lagi. Mungkin dalam tahun ni kot kita rilis. As for the future plan, kitorang kalau boleh nak stay dalam band ni kitorang akan stay dalam band ni. Mampuslah naik ke, orang tak kenal ke, kitorang akan stay dalam band ni. Sayang la, bond dah ada, chemistry dah ada dan semua member dari sekolah menengah pulak tu. Even kalau kitorang dah ada haluan masing-masing pun kitorang takkan tinggal band ni. Beranak cucu ke.. Contoh terbaik kitorang adalah Ash, dah kahwin tapi still gig malam, jamming semua follow. Mungkin in a few decade pun kitorang akan main.

Hyke: Kitorang kalau boleh tulis lagu sama-sama, rilis sama-sama dan tor sama-sama  dan buat semua benda tu bagi ada benda dengan hidup kitorang la.

13909432_10153960243023681_2039378732967531788_o

Ed: satu lagi soalan klise sebagai penghabisan, ada apa-apa kata terakhir yang ingin diperkatakan

Ash: Hacktick akan berakhir sampai disini sahaja, Okbai

Hyke: and teruskan apa sahaja yang kau nak buat. Apa-apa sahaja, be yourself. Terima kasih

 

 

Hacktick’s Facebook

Hacktick’s Instagram

Hactick’s Youtube

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s